Dengan lafaz bismilah.....
Cik Scha nk test skill lak menulis cerpen...
Bagi otai-otai dlm penulisan ni...
Cik Scha susun sepuluh jari mohon tunjuk ajar.....
_____________________________________________________
SEKHILAF JANJI
Hai cik adik manis leyh kenal tak....
Alang-alang bagi 'number phone' sekali...
Ziera hanya mampu tersenyum sinis memerhatikan telatah anak muda yang baru setahun jagung, malah lebih muda dari diri nya menggunakan pelbagai cara murahan untuk memikat gadis...
Pengalaman beberapa tahun lalu cukup untuk mengusik hati yang kini semakin rapuh dengan dugaan dunia...
Mengimbau kenangan enam tahun lalu... cukup memeritkan bagi dirinya... sembilu luka yang berdarah kembali... satu demi satu kekecewaan melanda hati kecil si gadis yang bertudung ayu ini...
2005, detik terpenting bagi setiap insan yang bergelar pelajar... setelah beberapa tahun bertungkus lumus SPM datang menjengah... satu demi satu pelajaran di ulang kaji demi mengejar impian masing-masing... Lain pula bagi Ziera... Hidup remajanya penuh dengan kegembiraan... Seperti kanak-kanak, perkataan runsing lansung tidak menjengah dirinya... Namun tanggunjawabnya sebagai pelajar tetap di utamakan... Sejarah... Pendidikan Seni.... Antara subjek kegemaran bagi diri nya, bertungkus lumus dia menyiapkan kerja kursus yang di berikan... Tiba detik terpenting, SPM telah menjengah tiba.... seperti melepaskan beban yang amat berat... terlalu ringan dirasakan apabila tamatnya peperiksaan penting itu.... Setiap pelajar mula membayangkan langkah terbesar yang bakal di ambil untuk mengubah hidup masing-masing... Bagi Ziera.. cukuplah sekadar lulus... Langkah kehadapan masih jauh... IPTA tak pernah terlintas di dalam fikirannya...
Beberapa bulan berlalu, Ziera mengambil keputusan untuk mencari kerja sementara bagi mengisi masa yang terluang sebelum keputusan sebenar SPM keluar.. Cukup dengan hanya berbekalkan gaji bulanan RM400, bagi Ziera bukan wang tapi kepuasan untuk bekerja... Hari demi hari berlalu.. Kawan yang disangkakan rapat rupanya musuh di dalam selimut.. Satu demi satu fitnah di lontarkan pada Ziera.. "Manusia kalau dah senang sikit memang tak ingat kawan, masa susah bersama, masa senang di pijaknya balik kepala kita" masih terngiang-ngiang lagi di telinga Ziera pesan ibunda tercinta.. Akhirnya Ziera mengambil keputusan untuk berhenti bekerja..
Masa di nantikan telah tiba... keputusan SPM telah keluar.. Ramai pelajar yang tidak tenteram memikirkan hasil dari penat gigih mereka selama ini... Melangkah masuk ke sekolah. Pelbagai ragam dapat di perhatiikan... Menjerit bak orang gila, tersenyum sendiri membelek sehelai kertas putih. Hati Ziera makin berdebar memikirkan keputusan yang bakal di perolehinya... Tanpa di sedari langkahnya terhenti di depan meja Pn. Rusmah, bekas guru kelas 5 Sains dahulu.. Sambil menghulurkan sekeping kertas masih terukir senyuman di wajah yang tua itu.. tetap manis seperti dulu... Hati Ziera berdebar-debar menyambut sekeping kertas yang bakal merubah hidupnya itu... Riak muka Ziera cukup menunjukkan getar hatinya... perlahan-lahan Ziera membelek keputusan yang diperolehinya... "Cukup- cukup makan" sambil tersenyum Ziera mengeluh ...
Masih di cari rakan-rakan yang lain, masih tetap tak di jumpai, mungkin di sebabkan Ziera datang lewat untuk mengambil keputusannya.. Langkah demi langkah di atur untuk kembali ke rumah, dengan senyum Ziera menyampaikan keputusan kepada keluarganya... Ziera juga menyampaikan hasrat hati nya yang masih berkira-kira untuk memohon memasuki IPTA. Namun setelah menerima nasihat dari ahli keluarga yang lain Ziera membuat keputusan untuk membuat permohonan.
Sibuk Ziera menyiapkan diri untuk ke Cyber Cafe, masih berselerak doukumen yang diperlukan untuk mengisi permohonan masuk ke IPTA. setelah selesai Ziera mengambil kunci motor skuter ibunya dan segera ke Cyber Cafe. Ini di sebabkan hari yang sudah lewat. Setelah sampai di sana Ziera terus memakir motornya di depan pintu Cyber Cafe tersebut, terus mengatur langkah untuk mencari Pc yang masih kosong. Satu demi satu borang di isi dengan teliti.. Setelah beberapa jam akhirnya urusan Ziera selesai.. Seteklah membayar dan mencetak di kaunter Ziera terus mengambil langkah untuk terus pulang ke rumah. Nasib nya agak malang apabila motor yang di pakir nya tidak dapat bergerak... Ketakutan Ziera bukan kepalang, sehinggakan tiidak mampu berfikir apa yang perlu di lakukan nya... Malam pula makin menjengah...
Tiba-tiba ada suara yang datang menegur dari belakang.. "Assalamualaikum Cik adik... adik masalah ke? boleh abg tolong" kata pemuda yang entah mana datangnya... Mendengus hati kecil Ziera "siapa pulak ni". Tanpa banyak soal Ziera pun menerima bantuan pemuda itu memandangkan hari yang sudah lewat malam. Skuter Ziera terus di bawa ke bengkel. Setengah jam menunggu akhirnya siap dibaiki.. Bagi Ziera pula setengah jam itu lansung tidak dirasakan bosan... Pemuda yang ramah itu mempunyai pelbagai cara dan cerita untuk memnarik perhatian seseorang. Akhirinya nombor telefon bertukar tangan... Terlalu asyik dengan keletah pemuda itu bercerita sehinggakan terlupa untuk bertanya nama... Sampai di rumah Ziera terus ke bilik.. Masih terbayang lagi wajah pemuda yang menolongnya tadi.. Ziera tersenyum sendiri....
BERSAMBUNG..................