• Post 1
  • Post 3

Pages

  • twitter
  • facebook
  • rss

Friday, April 29, 2011

Royal Wedding... Happily Ever After....


First of all...
congrates utk royal britain family and they have happily ever after to duch and duchess of cambridge...
sweet sgt pasangan ni...
dalam sulaman kasih yang terjalin akhirnya berakhir dgn sebuah ikatan yg suci..
macam cinderella zaman moden kan...
an ordinary girl become a princess...
waaahhh... bahagianya...
meyh singkap kisah percintaan antara prince william dan kate middleton...






KISAH cinta Kate Middleton dan pewaris takhta diraja Britain, Putera William ibarat sebuah cerita rakyat. Kedua-duanya berasal daripada latar berbeza.
William seorang bangsawan, cucu Ratu Elizabeth II, yang disebut-sebut bakal mewarisi takhta diraja Britain selepas Putera Charles.
Sementara Kate bukanlah bangsawan. Dia hanyalah wanita daripada latar keluarga kelas menengah, tetapi memiliki kualiti kecerdasan, kebijaksanaan, serta kedewasaan yang membuatkan William jatuh cinta.
Sebagaimana Puteri Diana, ibu William, Kate diangkat oleh media Britain sebagai metamorfosis Cinderella di dunia moden.

Tidak hairanlah jika perkahwinan Kate-William pada 29 April ini dinantikan banyak orang.
Perkahwinan itu disebut akan dilangsungkan dalam tradisi diraja yang sudah berusia ratusan tahun.
Kate akan pergi ke Westminster Abbey dengan menaiki kenderaan dari Istana Buckingham dan melalui mercu tanda seperti The Mall, Horse Guards Palace, Whitehall dan Dataran Parlimen.
Selepas itu, Uskup Canterbury akan menikahkan William dan Kate. Uskup London pula akan memberikan nasihat perkahwinan, yang semua itu dipimpin oleh gereja Westminster.
Setelah itu, pasangan tersebut akan menuju ke Istana Buckingham untuk menghadiri resepsi peribadi bersama keluarga dan teman-teman terdekat. Akan ada tarian, pameran seni, serta pesta bunga api selama beberapa malam di situ.
Perkahwinan ini memang disebut sebagai perkahwinan termahal.
Majalah Reader Digest menampilkan liputan tentang permata-permata yang dikenakan oleh Kate pada hari penting itu, gaun-gaun mewah, harta kerajaan, ritual perkahwinan, serta pesta besar-besaran.
Puteri Diana
Juga diberitakan tentang hasrat para selebriti dunia yang ingin sekali diundang pada acara itu.
Penyanyi Elton John khabarnya telah diminta untuk menyanyi pada acara itu, tetapi kemudian dinafikan pihak istana.
Penyanyi Victoria Beckham dan suaminya bintang bola sepak David Beckham dikatakan melobi supaya mereka diundang.
Perkahwinan ini juga merupakan peluang untuk syarikat-syarikat besar menonjolkan produk masing-masing.
Alcatel misalnya, melancarkan telefon bimbit baru yang disesuaikan dengan momen perkahwinan William dan Kate.
Perusahaan elektronik General Electric (GE) juga menghasilkan peti sejuk yang dihiasi gambar pasangan itu.
‘Perkahwinan agung’ Kate dan William turut mengingatkan pernikahan serupa pada tahun 1981 iaitu ibu bapa Putera William, Putera Charles dan Puteri Diana Spencer.
Bayangan Puteri Diana sukar dipisahkan daripada Kate. Puteri Diana dikatakan wanita cantik terakhir yang mengahwini pewaris takhta di Britain.
Pakaian dan gaya rambutnya menjadi ikutan ramai wanita muda. Semua ini ada pada diri Kate.
Kate juga memilih mengenakan cincin berlian milik Diana sebagai cincin pertunangannya kerana cincin itu sangat bermakna buat William.
Setelah berkahwin, Kate ingin dipanggil dengan nama asalnya, Catherine (Catherine Elizabeth Middleton), dan bukan nama panggilannya itu.
Dia merasakan nama Puteri Catherine lebih sesuai digunakan kerana sebelumnya memang sudah ada nama tersebut dalam sejarah keluarga diraja Britain.
Jika suatu hari nanti dia dan William menjadi raja dan ratu, Kate akan menjadi Ratu Catherine yang keenam di Britain. – Copy from Agensi (http://news.faisunan.com)

Sekali lagi congrates utk the best royal wedding....

p/s: suweet sgt apabila di hargai... buktinya kate lebih di sayangi rakyat dan perkahwinan diraja direstui setiap rakyat britain... (bila la pulak aku nak rase di hargai ni erk ;)



Wednesday, April 27, 2011

Time's to change my dear darling...

mood aku agak kurang baik nampaknye..
tapi ape boleh buatkan...
dh tibe masa nya nak bertukar...
tapi perlukan masa sikit yea...
tgh berusaha lg..
actually header dah siap..
tunggu templates...
segala mcm aksesori lum lg buat..
huh...
bertukar la erk....
berwajah baru....
nntikan kemunculan terbaru lolipop fever yea....
dear my larling...
gula2 cumey...
luv u....

Monday, April 25, 2011

Masak Dengan Masalah Yang Mendesak Lagi Terdesak...

Sorry korang... dh lama sangat aku tak update blog ni...
ntahla... x de rase teringin nak bukak blog...
tak pela...
entry aku kali ni...
mmg aku betul-betul serabut...
berkisar tentang masalah aku...
aku tak tahu macam ner nak mulekan...
aku cuba jela ringkaskan erk...
hal ini mcm biasa... semua pasal duet..
korang... aku dh dpt surat dr uitm suruh daftar diri 9/12...
aku cube jugak nak smbung belajar balik...
sedangkan aku sedar aku mmg dh tak mampu nk tampung kos pengajian aku...
family aku lagi la... mak cukup- cukup makan je...
aku dh mlas nak nyusahkan org lain...
tapi peluang ni dh kali ketiga...
dan tak mungkin lagi ada kali keempat...
tiap hari serabut aku fikirkan masalah ni...
korang bayangkan jela..
kursus fotografi dan pengimejan kreatif...
nampak mcm mudah je...
tp realiti nya...
ya allah...
korang...
aku nak kena beli dslr... paling kurang yang tu 2k..
sudahla yang tu...
yuran pengajian rm 300
yuran kolej rm 400
lagi...
laptop... paling kurang.. 1.5k...
broadband lagi....
makan pakai aku lagi smentara nak dpt ptptn...
mati aku korang..
kalau la ada 5 k dlm tangan aku sekarang ni...
tak de aku ssh2 nak dptkan duit...
cr kerje sambilan merata..
tapi diorg mcm x nak terima aku je..
diorg mesti dpt agak aku nak keje sekejap je..
tp diorg tak pikir masalah aku..
 de yg kasihan kan aku..
sedih sgt...
 de yg pedulikan aku...
aku nagis ke ape ke..
semua mcm x guna..
sbb aku cube pendam jugak..
aku sedar org mmg pndag hina pada aku..
dgn kehidupan aku...
aku bkn anak org berada...
bkn anak org berpelajaran..
aku ni anak sorg tukang masak biasa je.. 
tu pun aku sorg je yg berjaya msk u...
kalo aku tak teruskan belajar..
tahap kehidupan aku hanya pada tahap ni...
ssh aku nak teruskan hidup..
aku tak nak lg jd kuli....
ya allah...
hidup yang aku jalani terasa sgt bebanan nya...
mcm ne aku nak kumpulkan duit sebelum bln 9 ni?
ape aku patut buat...
kalau la ade org yang nak tlg aku...
tanggung semua kos pengajian aku...
aku sanggup buat ape saja asalkan sah dn tak menyalahi undang2...
kalo syaratnye kne nikah pun aku rela...
walaupun nikah kontrak..
biar status berubah pun...
aku dh tak kisah...
ape yg aku pentingkan hanya segulung ijazah...
ya allah...
aku sedar hidup ni bukan drama...
setiap pengakhiran tak semestinya tercipta kebahgiaan...
namun aku sanggup..
utk mengubah kehidupan aku... mak aku.. keluarga aku...
korang aku dh buntu...
kalau korang da cara nak tolong aku daptkan duit...
tlg comment atau pm je kt general_007x@yahoo.com...
aku nak belajar lagi...
aku dh penat di hina.. di pandang serong..
tolong lah aku....

Tuesday, April 5, 2011

5 Cara Paling Gila Seseorang Ketika Melamar Kekasihnya

Ternyata ada segelintir orang yang memiliki idea 
yang menakjubkan dan kadang-kadang nekad dalam melamar 
sang kekasih. Demi cinta, apapun sanggup dilakukan.


1. Melamar di Grafiti Nol

Alex, seorang arsitek dari Manhattan, melamar tunangnya,
 Graciela, di ketinggian ribuan kaki diatas tanah saat di udara
 di kabin pesawat. Pesawat yang mereka naiki merupakan Boeing 727
 yang mampu terbang di ketinggian 24.000 hingga 35.000 kaki di atas permukaan. Ketinggian seperti ini merupakan ketinggian yang hampir tak bergraviti atau gravitasi nol! Wihh...hebat ya?

Sangat susah di saat Alex berusaha memasangkan cincin kepada 
tunangnya itu karna sangat susah untu melakukan pergerakan
 pada keadaan tanpa graviti. Namun, semua berjalan dengan lancar.
 Lamaran pun berakhir dengan kejayaan dan akhirnya mereka menikah 
dan merancang meraikan ulang tahun pernikahan ke tiga belas 
di lintasan orbit. Wow! Manusia memang selalu tidak pernah puas? 
Inilah bukti bahwa cinta mengalahkan segalanya. Love is in the air.


2. Meredah Api Demi Sang Kekasih

Cinta itu membara sebesar api yang menggelora. Inilah yang
dirasakan oleh Eric Todd. Tapi, api yang dimaksud bukanlah api
cinta melainkan api yang betul. Yup! Eric Todd merupakan seorang
stuntman terkenal yang sering melakukan adegan berbahaya.
Profesionnya ini ternyata cukup membantu ketika dia
memutuskan untuk melamar kekasihnya dengan cara
 meredah api sebelum berlutut mengutarakan
“Will you marry me?” dan memakaikan sebuah cincin di jemari
 sang pkekasih.

Todd melakukan aksinya di sebuah kolam renang di saat 
seluruh keluarga berkumpul merayakan hari kemerdekaan
 Amerika Syarikat. Seluruh keluarga terkejut melihat tiba-tiba
 ada seseorang berjalan dekat kolam renang menuju 
ke arah mereka. Itulah aksi nekad Todd yang untungnya 
berakhirr dengan bahagia. Kekasih Todd tergamam
 dan terus mengiyakan ajakan Todd.


3. Skydiving Proposal

Proses lamaran adalah satu fasa yang teramat penting
 dalam mengembangkan suatu hubungan. Oleh karana itu, setiap
kekasih selalu menginginkan saat yang unik dan tidak dilupakan
untuk meminang sang pujaan hati ke pelamin. Inilah yang
dilakukan oleh Mateo Martinez. Dia dengan nekadnya melamar
 sang kekasih di ketinggian 20.000 di atas kaki. Proses ini
terjadi saat dia dan sang kekasih sedang melakukan skydiving. 

Mereka terjun dari pesawat yang dinaiki, Martinez terus 
mengeluarkan ajakan untuk menikah. Sang kekasih pun 
terkejut  di atas udara saat bersama-sama melakukan 
skydiving ini. Cincin pun terus disarungkan Martinez
 ke jemari sang kekasih begitu mereka mendarat di permukaan.
 Inilah moment yang tidak terlupakan bagi Martinez dan
 pasangannya dan awal bagi kebahagiaan mereka.


4. Beli Iklan di TV Buat Lamaran

Seorang marketer bernama Rand telah berpacaran
dengan Geraldine selama lima tahun. Di tahun kelimanya ini,
 Rand ingin melamar Geraldine dengan suatu bentuk
lamaran yang unik, memorable, dan original. Sebagai
 penggemar berat NFL, Rand memutuskan untuk
memasang iklan lamaran di Superbowl Commercial.
 Harga iklan tersebut ialah $2.5 juta dollar!

Rand pun mencari station TV yang mahu menyiarkan iklannya 
tersebut dan akhirnya program acara favorite Geraldine,
 Veronica Mars mahu menaja iklan lamarannya tersebut.
 Apabila iklannya ini disiarkan, sang kekasih pun terus 
terpana dan mengiyakan ajakan Rand untuk menikah.
 Usaha Rand yang super heboh ini sempat diliput oleh
 Entertainment Tonight, MSNBC, Good Morning America,
 dan Fox News. Semua khalayak ramai memberikan
 sokongan kepada Rand.


5. Lamaran di Teater

Memang kalau sudah jatuh cinta, orang nekad dalam
memasang niat dalam melakukan suatu hal. Inilah
yang terjadi pada Gennady Zaleskiy, 38, yang rela
mengeluarkan duit sebnyak £10,000 hanya untuk
 mendapatkan sebuah peranan utama dalam satu
pementasan drama. Ia juga mengatur semua posisi
duduk penonton agar sang kekasih bersama
 teman-temannya berada pada posisi yang paling
strategik yang boleh melihat lakonan teaternya dengan jelas.

Penampilan Gennady malam itu juga tidak diketahui
 oleh sang kekasih karana dia memang sengaja 
merahasiakan dan memakai topeng. Tapi, ternyata 
Gennady tidak berlakon habis dari awal sampai 
akhir karana ditengah pementasan drama yang 
berjudul “The Romantics” ini, ia jusetru sengaja
 membuka topengnya sambil berkata
 "No, the woman I love is called Victoria and she is in the sixth row.
 Will you marry me Victoria?" Tepukan seluruh penonton
 pun bergemuruh dan Victoria pun
 terkejut dan akhirnya mengiyakan.


Well, inilah bukti betapa kuatnya cinta berpengaruh 
pada seseorang hingga sanggup merelakan 
apa saja demi membuat sebuah lamaranl untuk menikah 
yang tidak akan pernah terlupakan. Mungkin Anda
 tertarik untuk mengikutinya? Atau memiliki
 idea lain yang lebih gila? Itu semua sah-sah saja 
demi membuat suatu moment yang tak terlupakan.

p/s: mmg gila... huk3... siape-siape ade idea lagi
 unik kongsi-kongsi kan la di sini ye....

I Pod..

KLIK 1... X Rugi Ape- Ape Pun...

Join Ramai-Ramai Dapatkan Sesuatu di Sini....